Wednesday, 5 March 2008

PERLEMBAGAAN GB4B KLUANG - BAB 31 - 40

BAB YANG KETIGA PULUH SATU
TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA KAWASAN

BAB 31 - TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA KAWASAN


31.1        PENGERUSI

(a)      Melantik dan mengugurkan Setiausaha dan Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Pengerangan dan 5 orang Ahli Jawatankuasa

(b)     Bertanggungjawab ke atas semua pegawai-pegawai dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan

(c)      Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kawasan

(d)      Menandatangani cek-cek 4B Kawasan bersama-sama dengan Bendahari

31.2        TIMBALAN PENGERUSI

(a)      Membantu Pengerusi menjalankan tugas-tugasnya

(a)               Memangku tugas-tugas Pengerusi dalam masa ketiadaannya

31.3.  SETIAUSAHA

Setiausaha adalah bertanggungjawab:-

(a)               Secara langsung kepada Pengerusi

(b)     Atas surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lain dengan teratur

(c)      Menguruskan penggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan persetujuan Pengerusi serta menghadiri dan menulis Minit Mesyuarat tersebut

(b)               Menyimpan daftar Ahli

(d)      Mendapatkan persetujuan daripada Pengerusi berkenaan dengan pengambilan Pegawai-pegawai dan juga atas perberhentian mereka itu
(e)      Mengawasi kerja-kerja kakitangan

(f)      Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Penasihat

(g)     Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan yang dijalankan berhubung           dengan pentadbiran Kawsan

(h)   Mengadakan pejabat mana hendaklah ditempatkan di pusat pentadbiran      Kawasan atau mana-mana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja          Kawasan dan melaporkan kepada Setiausaha Negeri alamat pejabat          tersebut.

31.4.  PENOLONG SETIUASAHA

(a)     Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugasnya.

(b)     Memmangku jawatan Setiausaha semasa ketiadaannya

31.5.  BENDAHARI

(a)      Bertanggungjawab menerima dan membayar segala wang bagi pihak 4B   Cawangan

(b)     Menyimpan buku kira-kira dengan baik dan teratur

(c)      Menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa    dan Mesyuarat Perwakilan

(d)     Menandatangani segala cek-cek bagi pihak bersama dengan Pengerusi

31.6.  KETUA PENERANGAN

          (a)      Menjalankan tugas-tugas penerangan di peringkat Kawasan

(b)     Melaporkan kepada Kawasan tentang tugas-tugas tersebut

31.7. AHLI-AHLI BIASA JAWATANKUASA KERJA

          Bertanggungjawab membnatu Jawatankuasa Kerja Kawasan melaksanakan tugas yang ditentukan

BAB YANG KETIGA PULUH DUA

SUSUNAN PENTADBIRAN CAWANGAN 4B

BAB 32 - SUSUNANA PENTADBIRAN CAWANGAN 4B


32.1        Sebuah Cawangan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 30 Ahli Biasa.

32.2        Cawangan boleh ditubuhkan dengan kelulusan Majlis Kerja Tertinggi

32.3        Penubuhan Cawangan adalah dikelolakan oleh 4B Kawasan yang berkenaan

32.4        Perjalanan Cawangan adalah dibawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Agung Cawangan dan tertakluk  kepada Perlembagaan 4B

32.5        Tahun Kewangan 4B Cawangan ialah bermula darpada 1hb Januari dan berakhir pada 31hb.Disember


BAB YANG KETIGA PULUH TIGA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN 4B

BAB 33 - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN 4B


33.1        Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan 4B hendaklah diadakan tiap-tiap tahun tidak lewat daripada 31 Mac. Tetapi dengan kehendak Ketua bolehlah didahulukan atau ditangguhkan dengan syarat tidak lewat daripada tarikh diadakan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Kawasan

33.2        Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan terdiri dari semua Ahli-ahli Biasa Cawangan 4B

33.3        Pemberitahu untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan, Agenda, Laporan dan Penyata Kira-kira Cawangan yang telah di audit bagi tahun yang lalu kepada semua ahli-ahli Cawangan sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh mesyuarat. Segala usul-usul disampaikan ke tangan Setiausaha Cawangan Selewat-lewatnya 10       hari sebelum tarikh mesyuarat

33.4        Stu pertiga (1/3) daripada Ahli-ahli Biasa Cawangan adalah cukup korum

33.5        Kiranya tidak cukup korum hendaklah ditangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan itu kepada satu masa yang akan ditetapkan oleh Jawantankuasa Cawangan dan jika kemudiannya korum tidak juga cukup, maka ahli-ahli yang hadir berkuasa menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan tetapi tidak berkuasa membuat keputusan mengenai rancangan-rancangan untuk Cawangan.

BAB YANG KETIGA PULUH EMPAT

TUGAS-TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN 4B


BAB 34 - TUGAS-TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN 4B


34.1        Membincangkan dasar 4B untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Tahunan Kawasan

34.2        Mengkaji kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Cawangan

34.3        Mengadakan rancangan-rancangan kerja untuk faedah ahli

34.4        Memilih Ahli Jawatankuasa Kerja Cawangan

34.5        Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-kira

34.6        Memilih wakil-wakil Cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Kawasan. Wakil-wakil yang dipilih di luar Mesyuarat Agung Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu   tidak sah

34.7        Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan

34.8        Bagi ahli-ahli yang hendak memegang Jawatankuasa Kerja Kawasan hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya 2 pencalonan

 

BAB YANG KETIGA PULUH LIMA

MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA CAWANGAN 4B


BAB 35 - MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA CAWANGAN 4B


35.1        Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan 4B bolehlah diadakan dengan salah satu syarat yang berikut:

(a)        Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kerja Cawangan

(b)        Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua dari Ahli-ahli Cawangan dan mesti diadakan dalam tempoh 7 hari selepas diterima permintaan tersebut. Permintaan tersebut hendaklah  menyatakan sebab perlunya Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan
   
(c)         Dengan kehendak Ketua Cawangan

(d)        Dengan kehendak Jawatankuasa Kerja Kawasan

 

BAB YANG KETIHA PULUH ENAM

JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN

BAB 36 - JAWATAN KUASA KERJA CAWANGAN 4B


36.1        Jawatankuasa Kerja Cawangan adalah badan yang menjalankan pentadbiran Cawangan di bawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan dan tertakhluk kepada Perlembagaan 4B


36.2        Jawatankuasa Kerja Cawangan mengandungi:-

(a)      Ketua

          (b)     Naib Ketua

          (c)      Naib Ketua Wanita

          (d)     Naib Ketua Remaja
                   ( had umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan)

          (e)      Setiausaha

          (f)      Penolong Setiausaha

          (g)     Bendahari

          (i)      Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa yeng terdiri daripada:-
         
(i)     Tidak lebih dari 7 orang ahli yang dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan Tahunan Cawangan

          (ii)   Tidak lebih dari 3 oarang ahli yang dilantik oleh Ketua Cawangan dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Cawangan

36.3        Setiausaha, Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah dilantik oleh Ketua Cawangan dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Cawangan

36.4        Ketua,  Naib Ketua dan Bendahari hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan

36.5        Satu pertiga (1/3) daripada Ahli-ahli Biasa hadir adalah cukup korum

36.6        Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Cawangan akan jawatan selama 3 tahun


BAB YANG KETIGA PULUH TUJUH
KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN

BAB 37 -  KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN


Kewajipan dan Kuasa Jawatankuasa Kerja Cawanagn adalah seperti berikut:-

37.1        Berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil untuk mengemaskan perjalanan Cawangan

37.2        Melaksanankan dasar dan rancangan 4B

37.3        Menyesuaikan perjalanannya mengikut Perlembagaan 4B dan memerhati serta mengawal Perjalanan Cawangan

37.4        Memebentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan satu laporan lengkap bagi menerangkan perjalanan Cawangan termasuk maju mundurnya, kekuatan dan kelemahan serta Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juru Audit Dalam

37.5        Berkuasa mengantungkan keahlian seorang ahli Cawangan itu


BAB YANG KETIGA PILUH LAPAN
TUGAS AHLI-AHLI  JAWATANKUASA CAWANGAN

BAB 38 - TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA CAWANGAN


38.1        KETUA

(a)    Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kerja Kawasan dan Negeri atas kesempurnaan Cawangan



(b)    Bertanggungjawab atas semua Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Cawangan


(c)    Menandatangani cek-cek Persatuan bersama-sama Bendahari


(d)    Mempengerusikan semua Mesyuarat Cawangan

38.2        NAIB KETUA

(a)   Membantu Ketua menjalankan tugas-tugasnya

(b)   Memangku tugas-tugas Ketua dalam masa ketiadaannya


38.3        NAIB KETUA WANITA

Bertanggungjawab kepada Jawatankuas Kerja Cawangan dalam semua urusan dan kegiatan-kegiatan ahli-ahli wanita di peringkat Cawangan.

38.4.      NAIB KETUA REMAJA

(a)              Membantu tugas-tugas Ketua

(b)              Bertanggungjawab kepada program-program belia

       
38.5.      SETIAUSAHA

Setiausaha adalah bertanggungjawab:-
      
(a)         Secara langsung kepada ketua

(b)        Melaporkan kepada Ketua segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pejabat
                    
(c)    Mendapat persetujuan daripada Ketua berkenaan dengan pengambilan      pegawai-pegawi dan anggota-anggota pejabat dan juga atas perberhentian mereka

(d)   Menguruskan panggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan persetujuan Ketua serta menghadiri dan menulis minit mesyuarat tersebut

(e)   Mengawasi kerja-kerja kakitangan

(f)    Atas surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lain dengan teratur

(h)        Menyimpan daftar ahli

(i)           Mengadakan pejabat yang mana hendaklah ditemoatkan di mana-mana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja 4B Cawangan dan melaporkan kepada Setiausaha Kawasan alamat tersebut.

38.6.      PENOLONG SETIAUSAHA

(a)    Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugasnya

(b)    Memangku jawatan Setiausaha semua ketiadaannya


38.7.      BENDAHARI

(a)   Bertanggungjawab menerima dan membayar segala wang bagi pihak Cawangan

(b)   Menyimpan buku kira-kira dengan baik dan teratur

(c)    Menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Mesyuarat Perwakilan

(d)   Menandatangani segala cek-cek bagi pihak Cawangan bersama-sama  dengan Ketua

38.8.      KETUA PENERANGAN

(a)   Menjalankan tugas-tugas penerangan di peringkat Cawanga

(b)   Melaporkan kepada Cawangan tentang tugas-tugas tersebut

38.9.      AHLI-AHLI JAWATANKUASA BIASA

Bertanggungjawab membantu Jawatankuasa Kerja 4B Cawangan melaksanakan tugas yang ditentukan.

 

BAB YANG KETIGA PULUH SEMBILAN
PEMEGANG AMANAH DAN HARTA BENDA

BAB 39 - PEMEGANG AMANAH DAN HARTA BENDA


39.1.      Tertakluk kepada BAB 39.3, 4B peringkat Kebangsaan, Negeri, Kawasan dan Cawangan bolehlah memiliki tanah, banggunan dan lain-lain harta benda serta bolehlah membeli, meminjam, mencagarkan dan memindah milik harta benda dengan jalan yang sah. Semua tanah, bangunan dan lain-lain harta benda kecuali wang dalam bank bolehlah diamanahkan kepada Badan Pemegang Amanah.

39.2.      Pemegang-pemegang Amanah hendaklah terdiri daripada :-

(a)      Presiden / Pengerusi / Ketua

(b)      Setiausaha Agung / Setiausaha Negeri, Kawasan dan Cawangan

(c)       Bendahari Agung / Bendahari Negeri, Kawasan dan Cawangan

39.3.      Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan tanah, bangunan dan lain-lain harta benda itu

39.4.      Negeri adalah berhak atas tanah bangunan dan lain-lain harta benda sesebuah Cawangan atau Kawasan yang dibubarkan

39.5.      Kebangsaan adalah berhak atas tanah, bangunan dan lain-lain harta benda 4B Negeri yang dibubarkan

39.6.      Jawatankuasa sesebuah Negeri, Kawasan dan Cawangan berkuasa membuat peraturan-peraturan yang selaras dengan Perlembagaan dengan harta benda masing-masing

 BAB YANG KEEMPAT PULUH

LEMBAGA PENASIHAT

BAB 40 - LEMBAGA PENASIHAT


40.1        Semua peringkat 4B mampunyai Lembaga Penasihat masing-masing yang dilantik oelh Jawatankuasa peringkat masing-masing

40.2        Lembaga Penasihat hendaklah menasihatkan 4B mengenai segala perkara yang dirujukkan kepadanya

40.3        Ahli-ahli Lembaga Penasihat hendaklah berkhidmat selama 2 tahun

40.4        Setiausaha Agung, Setiausaha Negeri, Kawasan dan Cawangan adalah menjadi Setiausaha kepada Lembaga Penasihat peringkat masing-masing

40.5        Lembaga Penasihat 4B adalah mengandungi Presiden / Pengerusi / Ketua 4B       dan tidak lebih dari sepuluh (10) orang

40.6        Mesyuarat Lembaga Penasihat tidak memerlukan korum.