Wednesday, 5 March 2008

PERLEMBAGAAN GB4B KLUANG - BAB 41 - 53

BAB YANG KEEMPAT PULUH SATU
DISIPLIN 4B


BAB 41 : DISIPLIN 4B


41.1        Tindakan dispilin boleh diambil di atas ahli yang melanggar tanggungjawab yang terkandung dalam BAB 11 Perlembagaan ini


41.2        Jawatankuasa di peringkat Kebangsaan, Negeri, Kawasan dan Cawangan bolehlah melaporkan ahli-ahli yang didapati melanggar disiplin 4B kepada Jawatankuasa Disiplin 4B Kebangsaan untuk tindakan yang sewajarnya


41.3        Ahli-ahli 4B yang melanggar disiplin 4B boleh:

(a)             Diberi amaran

(b)             Digantung hak-haknya di dalam 4B

(c)              Dipecat

41.4        Seseorang ahli yang tidak puas hati dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin 4B Negeri bolehlah merayu kepada Jawatankuasa Disipilin 4B Kebangsaan dan keputusan Jawatankuasa Disiplin 4B Kebangsaan adalah muktamad

41.5        Majlis Kerja Kerja Tertinggi berhak mengadakan peraturan-peraturan dengan disiplin dalam 4B



BAB YANG KEEMPAT PULUH DUA
KAD PENGENALAN AHLI


BAB 42 – KAD PENGENALAN AHLI

42.1.   Tiap-tiap seorang hendaklah mempunyai sekeping kad pengenalan

42.2.   Kad-kad pengenalan ahli itu hanyalah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung

 

42.3.   Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat peraturan berkenaan   dengan sebarang perkara yang berkaitan dengan kad pengenalan ahli itu



BAB YANG KEEMPAT PULUH TIGA
PUNCA PENDAPATAN


BAB 43 – PUNCA PENDAPATAN

43.1.    Kewangan 4B adalah diperolehi daripada

(a)         Yuran

(b)        Derma-derma

(c)    Ikhtiar-ikhtiar lain yang dipersetujukan oleh Majlis Kerja Tertinggi, Negeri, Kawasan dan Cawangan

43.2.      Tahun Kewangan 4B Kebangsaan ialaha 1 JANUARI hingga 31 DISEMBER

43.3.  Setiausaha Cawangan, Kawasan dan Negeri hendaklah menghantarkan kepada Setiausaha Agung, Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Imbangan Kira-kira bagi tahun kewangan yang diperiksa dan disahkan





BAB YANG KEEMPAT PULUH EMPAT
YURAN 4B


BAB 44 – YURAN 4B

44.1.  Yuran Ahli Biasa adalah seperti yang berikut:-

(a)    Bayaran Masuk          RM 1.00

(b)    Yuran Tahunan         RM 1.00

44.2   Yuran Ahli Muda adalah adalah seperti berikur:

          (a)      Bayaran masuk       RM 0.50

          (b)     Yuran Tahunan       RM 0.50

44.3.  Ahli Kehormat tidak dikenakan yuran masuk atau yuran yuran tahunan

44.4.  Semua yuran tahunan hendaklah dijelaskan tiap-tiap tahun

44.5.   Seseorang ahli yang tertunggak yuranya untuk 6 bulan akan terhenti menjadi ahli dan akan hilang segala haknya dalam 4B dan namanya akan dipotong dari daftar ahli.


44.6. Seseorang yang terhenti dari menjadi ahli kerana tunggak yuran bolehlah memohon semula menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini dengan syarat pemohon menjelaskan segala tunggakan yuran

44.7.  Yuran yang dimaksudkan dalam Pasal 45.1 adalah dikira mengikut tahun kewangan

 







 

BAB YANG KEEMPAT PULUH LIMA

CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG 4B

BAB 45 - CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG 4B


45.1.  Segala kewangan 4B bolehlah dibelanjakan untuk perkara-perkara yang berikut:-

(a)          Bayaran dan perbelanjaan pentadbiran yang dipersetujukan oelh Majlis Kerja Tertinggi, Negeri, Kawsan dan Cawangan

(b)         Bayaran mencetak, menerbit dan mengedar sebarang surat berita, majalah dan lain-lain penerbitan yang diterbitkan oleh 4B untuk melaksanakan dan menjayakan tujuan-tujuannya

(c)          Bayaran gaji, imbuhan dan perbelanjaan kepada pegawai-pegawai 4B

(d)         Bayaran yuran-yuran yang sah yang telah dipersetujukan dalam Mesyuarat Agung

(e)          Menyewa, membeli atau mendirikan rumah  / banggunan untuk urusan 4B

(f)           Membiayai segala rancangan-rancangan yang selaras dengan tujuan-tujuan 4B.


45.2.  Semua kewangan yang lebih daripada jumlah yang dibenarkan dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Majlis Kerja Tertinggi, Negeri, Kawasan dan Cawangan tidak lewat dan 7 hari adanya kelebihan itu.



45.3.  Bendahari desemua peringkat 4B hendaklah memegang wang tunai sebagaimana berikut:-

(a)    4B Kebangsaan                   RM 1,000.00

(b)    4B Negeri                           RM    500.00

(c)    4B Kawasan                        RM    300.00

(d)    4B Cawangan                     RM    100.00
       
          dan tidak boleh membelanjakan dari yang dinyatakan di atas pada suatu masa tanpa kebenaran Jawatankuasa mereka

45.4.  Ahli-ahli Jawatnkuasa dan Ahli-ahli 4B boleh memeriksa buku-buku kewangan dan daftar ahli pada bila-bila masa yang munasabah dengan syarat membuat permintaan terlebih dahulu

45.5.  Semua harta 4B akan dimiliki atas nama Pemegang Amanah bersama-sama Kewangan 4B yang tidak dikehendaki untuk urusan pentadbiran dan kegiatan boleh digunakan untuk menanam modal dalam Jaminan Amanah (trustee    Securities) dengan syarat Jawatankuasa berkuasa itu digunakan untuk menanam modal dalam sebarang jaminan yang dipersetujui. Wang yang dipermodalkan itu hendaklah dipermodalkan lagi atas nama Pemegang Amanah dan mereka itu akan memegang bagi pihak 4B


45.6.  Yuran yang ditetapkan menurut 44.1 di atas dalam BAB 44 bolehlah dibahagikan dan diuntukkan sebanyak yang dipersetujukan oleh Majlis Kerja Tertinggi bagi penggunaan Negeri, Kawasan dan Cawangan

45.7.  Tiap-tiap ahli hendaklah membayar kepada Pejabat Setiausaha Agung suatu bayaran yuran pada tiap-tiap tahun sebanyak yang ditetapkan oleh Majlis Kerja Tertinggi   dan satu masa ke satu masa

45.8.  Jika sesuatu ahli tiada menjelaskan yuran tahunannya dengan tiada sebab yang munasabab maka tidaklah ia diktirafkan menjadi ahli

45.9.  Tahun yuran yang dimaksudkan dalam BAB 44 seraian 44.1 dan 44.2 adalah dikira mengikut tahun kewangan

45.10. 4B Kebangsaan adalah berhak di atas semua wang tunai di tangan ataupun wang simpanan dalam Bank dalam mana-mana Badan Kewangan bagi sesebuah 4B Negeri yang telah dibubarkan.

45.11. Jawatankuasa 4B Negeri adalah berhak di atas semua wang tunai di tangan ataupun wang simpanan dalam Bank dalam mana-mana Badan Kewangan bagi sesebuah Kawasan atau Cawangan yang telah dibubarkan.

45.12. Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan    4B bagi semua peringkat.

 

 

 

BAB YANG KEEMPAT PULUH ENAM

JURU AUDIT DALAM

BAB 46 - JURU AUDIT DALAM


46.1        4B peringkat Kebangsaan, Negeri, Kawsan dan Cawanagn hendaklah melantik 2 orang Juru Audit Dalam yang bukan terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa untuk memeriksa kira-kira masing-masing pada penghujung tiap-tiap bulan          dan mengemukakan laporan mereka kepada Jawatankuasa

46.2        Kedua-dua Juru Audit Dalam hendaklah membuat audit bersama-sama ke atas kira-kira dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan yang diedarkan oleh Bendahari pada peringkat masing-masing

46.3        Juru Audit Dalam berhak melihat dan memeriksa resit-resit, baucer-baucer dan    lain-lain surat keterangan yang perlu untuk menyempurnakan tugas-tugas mereka

46.4        Majlis Kerja Tertinggi berkuasa pada bila-bila masa menjalankan pemeriksaan     kira-kira wang dan harta 4B Negeri, Kawasan dan Cawangan. Kawasan berkuasa memeriksa kira-kira wang dan harta Cawangan.

46.5        Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat sebarang peraturan yang berkenaan dengan kira-kira itu.

 

 

BAB YANG KEEMPAT PULUH TUJUH

JURU AUDIT LUAR


BAB 47 - JURU AUDIT LUAR


47.1        Mesyuarat Perwakilan Tahunan hendaklah melantik sebuah Syarikat Juru Audit   yang diakui oleh Kerajaan untuk memeriksa kira-kira wang dan harta 4B

 



BAB YANG KEEMPAT PULUH LAPAN

PERATURAN MESYUARAT

 

BAB 48 - PERATURAN MESYUARAT


48.1        Majlis Kerja Tertinggi berkuasa membuat peraturan mesyuarat dengan syarat tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan 4B

48.2        Peraturan mesyuarat 4B adalah disifatkan sebahagian daripada Perlembagaan ini dan mempunyai kuatkuasa sedemikian itu, setelah mendapat kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan.

48.3        Aturan peraturan mesyuarat 4B bolehlah dipinda atau dimansuhkan dengan satu ketetapan menurut kelebihan undi

48.4        Peraturan mesyuarat 4B hendaklah dipakai untuk mesyuarat-mesyuarat 4B di semua peringkat

 







 

BAB YANG KEEMPAT PULUH SEMBILAN
MEMINDA PERLEMBAGAAN

BAB 49 - MEMINDA PERLEMBAGAAN


49.1        Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketetapan yang dipersetujukan oleh tidak kurang daripada   2/3 wakil-wakil yang hadir dalam Perhimpunan Agung dan hendaklah dikemukan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan itu untuk mendapat kebenarannya

49.2        Satu ketetapan hendak meminda atau memansuhkan Perlembagaan ini hedaklah dihantarkan kepada Setiausaha mengikut syarat di dalam peraturan mesyuarat 4B

49.3        Setiap pindaan akan berjalan kuatkuasanya mulai tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan

 

 

BAB YANG KELIMA PULUH
KUASA SEMENTARA MENGELOLA 4B


BAB 50 - KUASA SEMENTARA MENGELOLAKAN 4B


50.1        Perlembagaan ini berjalan kuatkuasanya daripada tarikh yang diluluskan oleh kerajaan akan tetapi diperbuat oleh 4B terlebih dahulu daripada Perlembagaan ini adalah sahnya sekali, walaupun perbuatan dan perkerjaan itu tidak sesuai atau tidak mengikut kehendak Perlembagaan

50.2        Maka dengan lulusnya Perlembagaan ini, mansuhlah Perlembagaan terdahulu dari ini dengan pindaan-pindaan atasnya.



BAB YANG KELIMA PULUH SATU
PUNGUTAN SUARA


BAB 51 - PUNGGUTAN SUARA


51.1        Dengan tidak tertakluk kepada sebarang BAB di atas dalam Perlembagaan ini, maka Majlis Kerja Tertinggi berkuasa mendapatkan sesuatu keputusan dengan cara Pungutan Suara (Referendum)



BAB YANG KELIMA PULUH DUA
PEMBUBARAN

BAB 52 – PEMBUBARAN


52.1        Jika 4B dibubarkan maka segala hutang dan tanggungan yang dibuat bagi pihak    4B hendaklah diselesaikan dengan penuh dan baki wang dan harta benda yang tinggal akan dibahagikan menurut keputusan yang ditetapkan oleh mesyuarat Pembubaran


BAB YANG KELIMA PULUH TIGA
TAFSIRAN


BAB 53 – TAFSIRAN


Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran Perlembagaan ini atau peraturan mesyuarat 4B yang dibuat di bawah kuatkuasanya maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Kerja Tertinggi adalah muktamad, jika tidak dipinda atau dibatalkan oleh Perhimpunan Agung