BAB 21 - MESYUARAT PERWAKILAN LUAR BIASA 4B NEGERI
21.1            Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa 4B Negeri akan diadakan:-
(i)         Dengan permintaan yang bertulis oleh sekurang-kurangnya (2/3) daripada jumlah Ahli Jawatankuasa Kerja 4B Negeri di semua peringkat usia; atau
(ii)        Dengan permintaan yang bertulis oleh sekurang-kurangnya ½ jumlah Kawasan bagi Negeri berkenaan yang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Luar Biasa
21.2            Pemberitahu agenda Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa 4B kawasan 15 hari sebelum tarikh mesyuarat itu. Perkara yang ada dalam agenda sahaja yang boleh dibincangkan dalam Mesyuarat Perwakilan
21.3            BAB 20 ceraian 20.2 (g) dan (h) adalah dipakai untuk menjalankan Mesyuarat Pewakilan Tahunan Luar Buasa akan tetapi jika ditangguhkan mengikut ceraian (h) di atas koram tidak juga cukup maka mesyuarat hendaklah dibatalkan
21.4            Setiausaha Negeri hendaklah menyampaikan kepada Setiausaha 4B Kawasan satu salinan rangka minit mesyuarat Perwakilan Luar Biasa dengan segera selesai mesyuarat itu.
BAB  22 - JAWATANKUASA KERJA NEGERI
22.1            Jawatankuasa Kerja 4B Negeri adalah badan yang menjalankan dasar, pentadbiran dan hal ehwal 4B Negeri di bawah perintah Mesyuarat Perwakilan Tahunan
22.2            Jawatankuasa Kerja Negeri adalah mengandungi:-
(a)        Pengerusi
(b)        Timbalan Pengerusi
(c)        2 Naib Pengerusi 
(d)        Naib Pengerusi Wanita 
(e)        Naib Pengerusi Remaja 
            (had umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan)
(f)         Setiausaha
(g)        Penolong Setiausaha
(h)        Bendahari
(i)         Ketua Penerangan
(j)         Ahli-ahli Biasa  Jawatankuasa Negeri yang Terdiri daripada:-
(i)         Pengerusi Kawasan. Jika Pengerusi memegang Jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja maka akan diganti oleh Timbalannya
(ii)                 7 orang yang dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan
(iii)                Tidal lebih daripada 5 orang yang dilantik oleh Pengerusi
22.3            Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Negeri akan  memegang jawatan selama 3 tahun
22.4            Setiausaha dan Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan 3 orang Ahli Jawatankuasa dilantik oleh Pengerusi Negeri selama Jawawatankuasa Kerja kecuali ia minta berhenti atau diberhentikan
22.5            Jawatankuas Kerja Negeri hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali
22.6            Satu pertiga (1/3) daripada ahli-ahlinya hadir cukup koram
22.7            Jika Pengerusi, Timbalan dan Naib-Naib Pengerusi tidak hadir dalam mesyuarat maka Ahli-ahli Jawatankuasa yang hadir bolehlah memilih salah seorang daripada mereka menjadi Penegerusi mesyuarat
22.8            Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri diuruskan oelh Setiausaha atas arahan dan persetujuan Pengerusi atau permintaan bertulis sekurang-kurangnya satu perdua daripada bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa
22.9            Apabila sesuatu perkara yang berkehendakan keputusan Jawatankuasa Kerja Negeri dengan serta merta dan tidak diadakan mesyuarat, maka bolehlah Setiausaha dengan persetujuan Pengerusi mendapatkan keputusan dengan surat pekeliling kepada Ahli-ahli Jawatankuasa dan dicatatkan segala keputusan dalam minit Mesyuarat yang berikut
22.10        Seseorang yang akan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Negeri hendaklah telah menjadi ahli sekurang-kurangnya selama satu tahun 
BAB 23 - KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA 4B NEGERI
Kewajipan-kewajipan dan kuasa Jawatankuasa Kerja 4B Negeri adalah seperti berikut:-
23.1            Berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil untuk mengemaskan perjalanan 4B Negeri
23.2            Membentuk asas, dasar dan rancangan dalam perlaksanaan BAB 6 dalam Perlembagaan 4B
23.3            Mengiktiraf penubuhan 4B Kawasan dan menyesuaikan perjalanannya mengikut Perlembagaan memerhati serta mengawal perjalanan 4B Kawasan
23.4            Membentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan satu laporan lengkap bagi menerangkan perjalanan 4B Negeri termasuk maju mundur, kekuatan dan kelemahan serta Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan
23.5            Jawatankuasa Kerja 4B Negeri berkuasa mengantungkan keahlian 4B Kawasan
23.6            Menyeesaikan perselisihan yang berbangkit di kalangan Persatuan dan memutuskan segala rayuan samada daripada ahli-ahli atau Ahli Jawatankuasa setelah diminta oleh 4B Kawasan
23.7            Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan atau pertubuhan-pertubuhan lain atas hal-hal yang sesuai dengan Perlembagaan 4B
23.8            Memilih ahli-ahli bagi mewakili 4B di dalam sebarang kumpulan atau jemaah atau Majlis Mesyuarat dan sebagainya
23.9  Mengadakan Mesyuarat Perwakilan 4B Kawasan atau Cawangan
BAB 24 : TUGAS AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA 4B NEGERI
Tugas-tugas Pegawai-pegawai Jawatankuasa Kerja 4B Negeri adalah seperti berikut:-
24.1            PENGERUSI
(a)        Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri
(b)        Menandatangani cek-cek 4B Negeri bersama sama dengan Bendahari
(c)        Mengawasi segala pentadbiran dan perjalanan 4B Negeri
(d)        Melantik dan mengugurkan Setiausaha dan Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan 3 orang Ahli Biasa Jawatankuasa Negeri
(e)        Mewakili Jawatankuasa 4B Negeri dalam Lembaga Penasihat
24.2            TIMBALAN PENGERUSI
(a)        Akan memangku tugas Pengerusi dalam masa ketiadaannya
24.3            NAIB PENGERUSI
(a)        Memangku tugas-tugas Pengerusi dalam  masa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
(b)        Mempengerusikan Mesyuarat Perwakilan Jawatankuasa Kerja Negeri apabila Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir
24.4.  SETIAUSAHA
         Setiausaha adalah bertanggungjawab:
(a)        Secara langsung kepada Pengerusi
(b)        Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan yang dijalankan berhubung   dengan pentadbiran pejabat
(c)        Mendapat persetujuan daripada Pengerusi berkenaan dengan pengambilan Pegawai dan anggota-anggota pejabat dan juga atas perberhentian mereka itu
(d)        Menguruskan panggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan persetujuan Pengerusi serta menghadiri dan menulis Minit Mesyuarat tersebut
(e)        Mengawasi kerja-kerja kakitangan
(f)         Atas surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lain dengan teratur.
(g)        Sebagai Setiausaha kepada Majlis Lembaga Penasihat
(h)        Menyimpan daftar ahli
(i)         Mengadakan pejabat yang mana hendaklah ditempatkan di pusat pentadbiran Negeri atau di mana-mana yang ditentukan oleh Ahli Jaawatankuasa Kerja 4B Negeri, dan melaporkan kepada Setiausaha Agung alamat pejabat tersebut
24.5.     PENOLONG SETIAUSAHA
(a)         Penolong Setiausaha adalah bertanggungjawab membantu setiausaha menjalankan tugas-tugasnya
(b)         Memangku jawatan Setiausaha semasa ketiadaanya
24.6.     BENDAHARI
(a)                 Bertanggungjawab menerima dan membayar segala wang bagi pihak 4B Negeri
(b)                 Menyimpan buku kira-kira dengan teratur
(c)                 Menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri dan Mesyuarat Perwakilan  Tahunan.
(d)                 Menandatangani segala cek-cek bagi pihak 4B Negeri bersama-sama dengan Pengerusi
24.7.     KETUA PENERANGAN
(a)                  Menjalankan tugas Penerangan di Peringkat Negeri
(b)                Malaporkan kepada Pengerusi tugas-tugas tersebut
24.8. AHLI-AHLI BIASA JAWATANKUASA NEGERI
Bertanggungjawab melaksanakan tugas yang ditentukan
BAB 25 - SUSUNAN DAN PENTADBIRAN 4B KAWASAN   
25.1             4B Kawasan hendaklah ditubuhkan di setiap Kawasan Pilihan Raya Dewan Undangan Rakyat
25.2            Tahun Kewangan 4B Kawasan ialah bermula daripada 1 JANUARI dan berakhir pada 31 DISEMBER
25.3            Penubuhan 4B Kawasan hendaklah dengan persetujuan dan diiktiraf oleh Majlis Kerja Tertinggi
25.4            Setiap Kawasan dan Jajahan dan Kawasan Kecil hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 5 Cawangan 4B
BAB 26 – MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN 4B KAWASAN
26.1.     Mesyuarat Perwakilan Tahunan 4B Kawasan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun tidak lewat dari 20 April, tetapi dengan kehendak Pengerusi 4B Kawasan bolehlah didahulukan atau ditangguhkan dengan syarat tidak lewat daripada tarikh diadakan Mesyuarat Perwakilan Negeri.   
26.2.          Mesyuarat Perwakilan Tahunan 4B Kawasan terdiri daripada:
(a)                 Jawatankuasa Kerja Kawasan
(b)                 Wakil-wakil Cawangan yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan mengikut kadar 2 orang termasuk ketua Cawangan bagi 30 orang ahli biasa cawangan yang pertama  dan seorang wakil tambahan bagi tiap-tiap ahli biasa selebihnya dan tidak melebihi 10 orang wakil bagi sesuatu cawangan  yang telah menjelaskan yurannya. 
(c)        Ketua Cawangan  yang menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan berhak melantik gantinya dikalangan ahli-ahli cawangannya. 
26.3.     Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan tidak boleh dipilih menjadi wakil cawangan akan dengan sendirinya menjadi wakil cawangan masing-masing setelah Jawatankuasa Kerja Kawasan dibubarkan
26.4.     Wakil-wakil sahaja boleh mengundi. Pengerusi mesyuarat boleh memutuskan sesuatu apabila undi terbahagi sama banyak. 
26.5.     Pemberutahu Mesyuarat Perwakilan Tahunan, Agenda, Laporan dan Penyata Kira-kira 4B Kawasan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Cawangan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat perwakilan tahunan itu diadakan, segala usul-usul dan cadangan-cadangan hendaklah sampai ke tangan Setiausaha 4B Kawasan selewat-lewatnya 7 hari sebelum mesyuarat perwakilan tahunan diadakan.  
26.6.          Satu perdua (1/2) dari jumlah wakil-wakil cawangan yang sepatutnya hadir adalah cukup koram.
26.7.          Kiranya tidak cukup koram hendaklah ditangguhkan Mesyuarat Perwakilan Tahunan itu kepada satu masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Kawasan dan jika kemudian koram tidak juga cukup, wakil-wakil yang hadir berkuasa menjalankan mesyuarat tersebut.   
26.8.     Membentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan laporan-laporan daripada Jawatankuasa Kerja Kawasan memutuskan sebarang perkara mengenai 4B Kawasan, melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan Juru Audit serta membincangkan dan memutuskan perkara-perkara lain yang terkandung dalam agenda. 
26.9.     Setiausaha 4B Kawasan hendaklah menyampaikan satu salinan rangka minit Mesyuarat Perwakilan Tahunan kepada setiausaha-setiausaha cawangan dan setiausaha negeri selepas mesyuarat perwakilan tahunan dengan kadar segera.
BAB 27 – TUGAS-TUGAS MESYUARAT PERWAKILAN KAWASAN
27.1            Memilih Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan
27.2            Memilih wakil-wakil Kawasan ke Mesyuarat Perwakilan Negeri. Wakil-wakil yang dipilih diluar Mesyuarat Perwakilan Kawasan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah
27.3            Membincangkan dasar-dasar 4B untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Perwakilan Negeri
27.4            Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Negeri
27.5            Memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-kira
27.6            Mencadangkan calon-calon yang bertanding untuk menjadi Pengerusi  Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 Pemeriksa Kira-kira peringkat Negeri
27.7            Bagi Ahli-ahli yang hendak memegang Jawatankuasa Kerja Kawasan hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 2 pencalonan 
BAB 28 - MESYUARAT PERWAKILAN LUAR BIASA 4B KAWASAN
28.1            Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa 4B Kawasan yang sama seperti Mesyuarat Perwakilan Tahunan 4B Kawasan bolehlah diadakan pada bila-bila masa mengikut satu dari syarat-syarat berikut:
(a)                  Dengan permintaan bertulis 2/3 Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan menyatakan sebab perlunya Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa diadakan
(b)         Dengan permintaan bertulis dari sekurang-kurangnya 5 cawangan menyatakan sebab perlunya Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa diadakan
(c)                 Dengan permintaan bertulis dari sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan
28.2            Pemberitahu agenda Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa Kawasan hendaklah dihantarkan kepada Setiausaha Cawangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara yang ada dalam agenda sahaja yang boleh dibincangkan dalam mesyuarat
28.3            BAB 26 ceraian 26.6 dan 26.7 dipakai dan jika tidak cukup korum juga setelah ditangguhkan mesyuarat itu dibawah BAB 26 pecahan 26.7 maka mesyuarat ini hendaklah dibatalkan
28.4            Satu salinan rangka minit Mesyuarat Perwakilan Luar Biasa Kawasan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan dan Setiausaha Negeri dengan segera setelah selesai mesyuarat
BAB 29 - JAWATANKUASA KERJA KAWASAN
29.1            Jawatankuasa Kerja Kawasan adalah badan yang menjalankan pentadbiran Kawasan di bawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Perwakilan Kawasan dan tertakluk kepada Perlembagaan 4B.
29.2            Jawatankuasa Kerja Kawasan Mengandungi:-
(a)        Pengerusi
(b)        Timbalan Pengerusi
(c)        Naib Pengerusi Wanita
(d)        Ketua Pengerusi Remaja (had umur tidak melebihi 30 tahun, tahun berkenaan)       
(e)        Setiausaha
(f)         Penolong Setiausaha
(g)        Bendahari
(h)        Ketua Penerangan
(i)         Ahli-ahli Biasa Jawatankuasa Kerja Kawasan yang terdiri daripada 
  (i)         Tidak lebih dari 10 orang ahli yang dipilih oleh Mesyuarat
  (ii)         Tidak melebihi daripada 5 orang ahli yang dilantik oleh Pengerusi 
                                    Kawasan
29.3            Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan 5 orang ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dilantik oleh Pengerusi Kawasan selama 3 tahun melainkan ia minta berhenti atau diberhentikan
29.4            Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan akan memegang jawatan selama 3 tahun
29.5            Satu pertiga (1/3) Ahli Jawatankuasanya hadir adalah cukup korum
29.6            Jika Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Naib Pengerusi tidak hadir dalam mesyuarat, maka ahli-ahli Jawatankuasa yang hadir bolehlah memilih salah seorang daripada mereka menjadi Pengerusi Mesyuarat
29.7            Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kawasan akan diuruskan oleh Setiausaha atas arahan dan persetujuan Pengerusi atau permintaan bertulis sekurang-kurangnya satu perdua daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan
29.8            Apabila sesuatu perkara yang berkehendakan keputusan Jawatankuasa Kerja Kawasan dengan serta merta dan tidak dapat diadakan mesyuarat, maka mendaptkan keputusan dengan surat   pekeliling kepada Ahli-ahli Jawatankuasa dan dicatatkan segala keputusan dalam minit mesyuarat yang berikut.
BAB 30 - KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA KERJA KAWASAN
Kewajipan dan kuasa jawatankuasa Kerja Kawasan adalah seperti berikut:
30.1            Berkuasa melantik Jawatankuasa Kerja Kawasan untuk mengemaskan perjalanan 4B Kawasan 
30.2            Membentuk asas, dasar dan rancangan dalam melaksanakan BAB 6 Perlembagaan 4B
30.3            Berikhtiar menolong menubuhkan Cawangan 4B dan menyesuaikan perjalannya mengikut Perlembagaan 4B dan memerhati serta mengawal perjalanan Cawangan yang ada di dalam Kawasan itu.
30.4            Membentangkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan satu laporan lengkap bagi menerangkan perjalanan 4B Kawasan termasuk maju mundurnya, kekuatan dan kelemahan serta Penyata Kewangan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juru Audit Dalam
30.5            Akan memberikan nasihat kepada mana-mana Cawangan dalam Kawasan ini, yang berbangkit perselisihan faham dikalangan ahli-ahli Biasa ataupun Jawatankuasa Kerja Cawangan itu.
30.6            Menimbang dan memutuskan segala rayuan dan permohonan daripada Persatuan yang telah dimajukan kepada Setiausaha Kehormat 4B Kawasan
30.7            Segala rayuan dan permohonan daripada ahli yang telah dimajukan kepada Setiausaha 4B Kawasan hendaklah diangkat kepada Majlis Kerja Tertinggi untuk diputuskan
No comments:
Post a Comment