BAB 11 - TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
- Adalah      menjadi kewajipan setiap ahli:
 
- Memegang teguh konsep 4B dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
 - Mematuhi perintah-perintah dan disiplin 4B
 - Memberitahu Setiausaha Persatuan segera apabila pindah atau bertukar alamat
 - Membayar yuran-yuran 4B dengan menepati waktu
 - Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan 4B.
 - Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara
 - Berkelakuan baik apabila menghadiri mesyuarat 4B, jika tidak ia akan disuruh keluar oleh Pegawai yang bertanggungjawab dan menggunakan harta benda 4B dengan baik dan cermat
 - Tidak boleh menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling 4B melainkan jika surat keterangan atau nama surat pekeliling itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Negeri atau Kebangsaan dan tidak boleh mengumumkan sesuatu perkara 4B kepada orang yang bukan Ahli atau kepada lain-lain Pertubuhan atau surat-surat khabar dengan tiada kebenaran yang tersebut
 - Menjaga rahsia-rahsia 4B
 - Memelihara nama baik 4B
 - Menghadiri mesyuarat-mesyuarat 4B melainkan dengan alasan yang munasabah
 - Berhak bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat 4B
 - Berhak memilih dan dipilih untuk memegang jawatan dalam 4B
 - Seseorang ahli tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa lebih daripada sebuah Cawangan, Kawasan   atau Negeri melainkan kebenaran Majlis Kerja Tertinggi.
 
- Ahli Muda 
 
- Tidak boleh menjadi Ahli Jawatankuasa atau Perwakilan disemua peringkat 4B
 - Berhak bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi didalam mesyuarat-mesyuarat 4B.
 
- Ahli      Kehormat   
 
- Berhak bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dalam mesyuarat-mesyuarat 4B.
 
BAB 12 - SUSUNAN DAN PENTADBIRAN 4B
- Bentuk      susunan Pentadbiran dan pembahagian kuasa adalah seperti berikut:
 
- KEBANGSAAN - iaitu Perhimpunan Agung atau waktu ketiadaannya, Majlis Kerja Tertinggi.
 - NEGERI - iaitu Mesyuarat Perwakilan Negeri atau waktu ketiadaannya Jawatankuasa Kerja Negeri
 - KAWASAN - iaitu Mesyuarat Perwakilan Kawasan atau  waktu ketiadaanya Jawatankuasa Kerja Kawasan
 - CAWANGAN - iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau waktu ketiadaanya Jawatankuasa Kerja Cawangan.
 
- Majlis      Kerja Tertinggi adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal      ehwal 4B dibawah di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung. dan      Majlis Kerja Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi      pihak Perhimpunan Agung pada masa ketiadaanya, tetapi segala langkahnya      hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung.   
 
BAB 13 - PENGERUSI TETAP
- Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah dipilih tiga tahun sekali di dalam Perhimpunan Agung, Mesyuarat Perwakilan Negeri dan Kawasan dan Mesyuarat Agung Cawangan. Bagi Peringkat Negeri, Kawasan dan Cawangan, Penegerusi dan Timbalan Penegrusi itu terdiri daripada ahli-ahli dalam Cawangan, Kawasan dan Negeri berkenaan. Pemilihan Pengerusi tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap bolehlah dijalankan dengan undian sulit atau cara mengangkat tangan mengikut persidangan.
 - Perhimpunan      Agung di dalam persidangannya berkuasa memberhentikan Pengerusi Tetap dan      Timbalan Pengerusi Tetap dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga      (2/3) daripada bilangan ahli yang hadir dan berkuasa memilih pengantinya.
 - Pengerusi      Tetap yang dipilih di bawah peraturan 13.1. di atas ini hendaklah menjadi      Pengerusi Tetap dalam sebarang Persidangan melainkan jika Pengerusi Tetap      itu tidak hadir maka Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah mengambil      tempatnya ataupun bolehlah mereka bergilir-gilir mempengerusikan mesyuarat      yang sama dan sekiranya kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap      tidak hadir maka Setiausaha berkuasa menjalankan Persidangan itu sahaja      dan Pengerusi tidaklah hilang haknya unutk mengundi sebagai wakil Persidangan
 - Jika      kedua-dua Penegrusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap berhenti serentak      maka Setiausaha hendaklah menjalankan Persidangan itu bagi memilih      Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap yang baru. Kedua-duanya akan      memegang jawatan itu selama tempoh yang ditetapkan dalm peraturan 13.1 di      atas. Jika salah seorang daripadanya berhenti maka Persidangan hendahlah      memilih pengantinya.
 - Pengerusi      Persidangan boleh memutuskan sesuatu apabila undi terbahagi sama banyak
 
BAB 14 - PERHIMPUNAN AGUNG
- Perhimpunan      Agung Tahunan akan diadakan pada tiap-tiap satu tahun tidak lewat dari      bulan Ogos, tetapi dengan kehendak Presiden bolehlah didahulukan atau pun      ditangguhkan kepada lain masa.
 - Perhimpuanan      Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada :-
 
- Ahli       Majlis Kerja Tertinggi.
 - Wakil-wakil       yang dilantik oleh 4B Negeri dalam tiap-tiap Mesyuarat Agungnya.       Tiap-tiap 4B Negeri berhak memilih 5 orang wakil bagi tiap-tiap kawasan       dalam Negerinya yang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Perwakilan       yang dipilih tidak boleh diganti.
 - Pemberitahu      untuk Perhimpunan Agung, Agenda, Laporan dan Penyata Kira-kira 4B yang      telah diaudit bagi tahun yang lalu hendaklah dihantar kepada      Setiausaha-Setiausaha 4B Negeri sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh      Persidangan. Segala usul-usul dan cadangan-cadangan hendaklah disampaikan      ke tangan Setiausaha Agung selewat-lewat 15 hari tarikh Persidangan.
 - Satu      perdua (1/2) daripada jumlah bilangan Perwakilan yang sepatutnya hadir      adalah menjadi cukup koram.
 - Kiranya      tidak cukup koram hendaklah ditangguhkan Persidangan itu kepada satu masa      yang ditetapkan oleh Majlis Kerja Tertinggi dan jika kemudian koram tidak      cukup juga, ahli-ahli yang hadir berkuasa menjalankan Persidangan tetapi      tidak berkuasa meminda Perlembagaan ini.
 - Perhimpunan      Agung Tahunan akan menerima laporan-laporan daripada Majlis Kerja      Tertinggi, memutuskan sebarang perkara mengenai 4B, memilih Ahli-ahli      Majlis Kerja Tertinggi dan Juru Audit tiga tahun sekali.
 - Setiausaha      Agung hendaklah menyampaikan satu salinan rangka Minit Persidangan kepada      semua Setiausaha-setiausaha 4B Negeri selepas Perhimpunan Agung Tahunan      dalam tempoh dua (2) bulan dan tarikh Perhimpunan Agung Tahunan. 
 
BAB 15 - PERHIMPUNAN AGUNG LUAR BIASA
- Perhimpunan      Agung Luar biasa diadakan:-
 
- Apabila difikirkan mustahak oleh Majlis  Kerja Tertinggi; atau
 - Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 6 buah 4B Negeri setelah mengadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa dan mesti diadakan dalam tempoh 21 hari selepas diterima permintaan tersebut
 - Permintaan tersebut hendaklah menyatakan sebab perlunya Perhimpunan Agung Luar Biasa diadakan.
 
- Pemberitahuan      dan agenda Perhimpuanan Agung Luar Biasa hendaklah disampaikan kepada      Jawatankuasa Kerja 4B Negeri 15 hari sebelum tarikh Persidangan Perkara      yang ada dalam agenda sahaja yang boleh dibincangkan dalam Persidangan
 - Peraturan      BAB 14 ceraian 14.2 dan 14.3 adalah dipakai untuk menjalankan Perhimpunan      Agung Luar Biasa akan tetapi jika ditangguhkan mengikut ceraian 14.5 di      atas koram tidak cukup maka Persidangan hendaklah dibatalkan.
 - Setiausaha      Agung Kehormat hendaklah menyampaikan semua Setiausaha 4B Negeri satu      salinan rangka minit Perhimpunan Agung Luar Biasa dengan segera selesai      Persidangan itu.
 
BAB 16 - MAJLIS KERJA TERTINGGI
1.       Majlis Kerja Tertinggi adalah mengandungi:
- Presiden
 - Timbalan Presiden
 - 3 Naib Presiden
 - Naib Presiden Wanita
 - Naib Presiden Remaja(had umur tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan)
 - Setiausaha Agung
 - Penolong Setiausaha Agung
 - Bendahari
 - Ketua Penerangan
 - Ahli-ahli Biasa Majlis Kerja Tertinggi
 - Pengerusi tiap-tiap 4B Negeri. Jika Pengerusi memegang jawatan Majlis Kerja Tertinggi maka akan diganti oleh Timbalannya.
 - 10 orang yang dipilih dalam Perhimpunan Agung
 - Tidak lebih dari 5 orang yang dilantik oleh Presiden
 
- Presiden,      Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden, Naib Presiden Wanita, dan 12 Ahli      Biasa Majlis Kerja Tertinggi hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung      tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.
 - Majlis      Kerja Tertinggi adalah badan yang menjalankan dasar pentadbiran dan hal      ehwal 4B dibawah perintah Perhimpunan Agung. 
 - Setiausaha      Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan 7 orang      Ahli Majlis Kerja Tertinggi adalah dilantik oleh Presiden dengan      persetujuan Majlis Kerja Tertinggi dan akan memegang jawatan selama tempoh      Majlis Tertinggi kecuali ia meminta berhenti atau diberhentikan
 - Satu      perdua (1/2) daripada ahli-ahlinya hadir cukup koram
 - Jika      Presiden, Timbalan Presiden dan ketiga-tiga Naibnya tidak hadir dalam      mesyuarat, maka ahli-ahlinya yang hadir bolehlah memilih salah seorang      daripadanya menjadi Pengerusi Mesyuarat
 - Panggilan      mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi akan diuruskan oleh Setiausaha Agung atas      arahan dan persetujuan Presiden
 - Apabila      sesuatu perkara yang berkehendakkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi      dengan serta-merta dan tidak dapat diadakan Mesyuarat Tergempar, maka      bolehlah Setiausaha Agung dengan persetujuan Presiden mendapat keputuasan      dengan mengedarkan surat pekeliling kepada ahli-ahli Majlis Kerja      Tertinggi dan dicatatkan segala keputusan dalam minit mesyuarat
 - Seseorang      yang akan dipilih menjadi Ahli Majlis Kerja tertinggi telah berkhidmat      dengan 4B ini dimana-mana peringkat sekurang-kurangnya 1 tahun
 
BAB 17 -  KEWAJIPAN DAN KUASA MAJLIS KERJA TERTINGGI
Kewajipan-kewajipan dan kuasa Majlis Kerja Tertinggi adalah seperti berikut:-
- Berkuasa      melantik Jawatankuasa Kecil teetentu untuk menemaskan perjalanan 4B
 - Membentuk      asas, dasar dan perancangan dalam perlaksanaan BAB 6 dalam Perlembagaan      ini
 - Mengikhtiarkan      penubuhan 4B negeri dan meyesuaikan perjalannya mengikut Perlembagaan,      memperhatikan serta mengawal perjalanan 4B Ngeri-Negeri
 - Membentangkan      kepada Perhimpunan Agung Tahuan satu laporan lengkap bagi menerangkan      prestasi serta penyata kewangan yang telah diperiksa dan disahkan
 - Berkuasa      menggantungkan Jawatankuasa 4B Negeri dan Kawasan, jika didapati      perjalanan sesuatu 4B Negeri dan Kawasan itu bertentangan dengan      Perlembagaan 4B
 - Menyelesaikan      perselisihan yang berbangkit dikalangan semua peringkat 4B dan memutuskan      segala rayuan samada daripada ahli-ahli atau Ahli Jawatankuasa setelah      diminta oleh 4B Negeri-Negeri atau Kawasan.
 - Membuat      peraturan-peraturan tetap berkenaan dengan penubuhan Persatuan, tatatertib      ahli-ahli mesyuarat dan Perhimpuanan Agung dan lain-lain yang dikirkan      perlu bagi melaksanakan tujuan-tujuan 4B dan lain-lain perkara yang      berkaitan dengan Perlembagaan 4B
 - Memutuskan      rayuan-rayuan dan seseorang yang telah ditolak oelh jawatankuasa Kerja      Negeri atas permintaannya hendak menjadi ahli.
 - Menjalankan      sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan atau pertubuhan-pertubuhan      lain atas hal-hal yang sesuai dengan Perlembagaan 4B
 - Memilih      ahli-ahli bagi mewakili 4B di dalam sebarang kumpulan atau jemaah majlis      mesyuarat dan sebagainya
 - Memberhentikan      seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi selain daripada Presiden dengan      persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 daripada tersebut tidak boleh diganti
 - Memberi      kebenaran bertulis kepada seseorang ahli yang telah dipecat atau menarik      diri daripada 4B untuk diterima balik
 - Menjalankan      sebarang pekerjaan atau apa jua langkah selain daripada perkara-perkara      yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan 4B
 - Keputusan      Majlis Kerja Tertinggi adalah muktamad jika tidak dibatalkan oleh      Perhimpunan Agung
 
BAB 18 - TUGAS AHLI-AHLI MAJLIS KERJA TERTINGG
- PRESIDEN
 
Presiden adalah bertanggungjawab:-
- Memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi.
 - Menjadi ketua 4B yang bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan 4B seluruhnya
 - Mengawasi segala pentadbiran dan perjalanan 4B
 - Melantik dan menggugurkan Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan.
 - Melantik dan menggugurkan 5 orang Ahli Biasa Majlis Kerja Tertinggi
 - Menandatangani cek-cek bersama-sama dengan Bendahari Agung Kehormat
 - Mengumumkan sesuatu perkara 4B kepada orang bukan ahli atau kepada   lain-lain Pertubuhan atau mana-mana sebaran am
 - Mewakili Majlis Kerja Etrtinggi dalam Lembaga Penasihat
 
- TIMBALAN PRESIDEN
 
Timbalan Presiden adalah bertanggungjawab:-
- Memangku tugas-tugas Presiden Ketika Ketiadaan Presiden
 - Mempengerusikan Mesyuarat Mejlis Kerja Etrtinggi semasa ketiadaan Pesiden dan Timbalan Presiden
 
- NAIB PRESIDEN
 
Naib Presiden adalah bertanggungjawab:-
·         Membantu tugas Presiden
·         Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertingi Semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden
- SETIAUSAHA AGUNG
 
Setiausaha Agung adalah bertanggungjawab:
- Secara langsung kepada Presiden
 - Melaporkan kepada Presiden sagala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran Ibu Pejabat
 - Mendapat persetujuan daripda Presiden berkenaan dengan pengambilan pegawai-pegawai dan anggota-anggota Ibu Pejabat dan juga pemberhentian mereka itu
 - Mengurus panggilan mesyuarat-mesyuarat atas arahan dan persetujuan Presiden serta menghadiri dam menulis minit mesyuarat tersebut
 - Mengawal kerja-kerja kakitangan
 - Atas surat-menyurat, buku-buku, dokumen-dokumen dan lain-lainnya denagn teratur
 - Menjadi Setiausaha kepada Majlis Lembaga Penasihat
 - Menyimpan daftar ahli
 
- PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG
 
- Membantu Setiausah Agung menjalakan tugasnya
 - Memangku jawatan Setiausaha Agung dalam masa ketiadaannya
 
- BENDAHARI 
 
- Menerima dan membayar segala wang bagi pihak 4B
 - Menyimpan buku kira-kira denagn teratur
 - Menyediakan dan membentangkan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agung
 - Menandatangani segala cek-cek bagi pihak 4B bersama-sama degan Presiden
 
- KETUA PENERANGAN
 
- Bertanggungjawab dan keupayaan dalam kegiatan penerangan dan melaporkan kepada Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi
 - Mentadbir Jabatan Penerangan di Ibu Pejabat dan menyusun kerja-kerja Pegawai di dalam Jabatan itu
 
- AHLI BIASA MAJLIS KERJA TERTINGGI
 
- Bertanggungjawab membantu Majlis Kerja Tertinggi melaksanakan tugas yang ditentukan
 
BAB 19 - SUSUNAN DAN PENTADBIRAN 4B NEGERI
- 4B      peringkat Negeri hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri
 - Penubuhan      4B peringkat Negeri hendaklah dengan persetujuan Majlis Kerja Tertinggi
 - Pentadbiran      4B Negeri adalah di bawah kekuasaan dan arahan Mesyuarat Perwakilan      Tahunan tetapi Mesyuarat Perwakilan Tahunan itu sendiri tertakluk di bawah      Perlembagaan 4B
 - Jawatankuasa      Kerja Negeri adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal ehwal      4B Negeri Perwakilan Tahunan dan perintah Mesyuarat menjalankan sebarang      langkah bagi pihak Mesyuarat Perwakilan Tahunan waktu ketiadaanya, tetapi      segala langkah-langkah ini hendaklah selaras dengan Perlembagaan 4B dan      dilaporkan kepada Mesyuarat Perwakilan Tahunan.
 - Tahun      kewangan 4B Negeri ialah bermula dari 1 JANUARI dan berakhir pada         31 DISEMBER.
 
BAB 20 : MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN 4B NEGERI
- Mesyuarat      Perwakilan Tahunan 4B Negeri hendaklah diadakan tiap-tiap tahun tidak      lewat dari 30 JUN. Tetapi dengan kehendak Pengerusi 4B Negeri bolehlah      didahulukan atau ditangguhkan dengan syarat tidak lewat daripada tarikh      diadakan Perhimpunan Agung Kebangsaan
 
- Mesyuarat      Perwakilan Tahunan terdiri daripada:-
 
- Jawatankuasa Kerja Negeri
 - Wakil-wakil Kawasan yang dilantik oleh Mesyuarat Perwakilan Tahunan Kawasan mengikut kadar 2 orang wakil termasuk Pengerusinya bagi tiap-tiap kawasan dan seorang wakil tambahan tiap-tiap 100 orang ahli biasa dan tidak melebihi 10 orang wakil yang telah menjelaskan yurannya bagi tahun itu
 - Pengerusi Kawasan yang menjadi Jawatankuasa Kerja Negeri berhak melantik wakilnya dikalangan ahli kawasannya.
 - Ahli Jawatankuasa 4B Negeri tidak boleh dipilih menjadi wakil Kawasan akan dengan sendirinya menjadi wakil Kawasan setelah Jawatankuasa Negeri dibubarkan
 - Wakil-wakil sahaja boleh mengundi di dalam Mesyuarat Perwakilan Tahunan, Pengerusi Mesyuarat boleh memutuskan sesuatu apabila undi terbahagi sama banyak
 - Pemberitahu untuk Mesyuarat Perwakilan Tahunan, agenda, laporan dan Penyata Kira-kira 4B yang telah diaudit bagi tahun yang lalu, hendaklah dihantar kepada setiausaha-setiausaha 4B Kawasan sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh mesyuarat. Segala usul-usul dan cadangan hendaklah disampaikan ke tangan Setiausaha Negeri selewat-lewatnya 15 hari tarikh mesyuarat.
 - Satu pertiga (1/3) daripada jumlah bilangan Perwakialn yang sepatutnya hadir adalah menjadi cukup koram
 - Kiranya tidak cukup korum hendaklah ditangguhkan mesyuarat itu kepada satu masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Negeri dan jika kemudiannya korum tidak cukup juga, ahli-ahli yang hadir berkuasa meminda Perlembagaan ini.
 - Pembentangan Laporan-laporan daripada Jawatankuasa Kerja Negeri memutuskan sebarang perkara mengenai 4B Negeri, memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Negeri, Juru audit serta membincang dan memutuskan perkara-perkara yang terkandung dalam agenda
 - Setiausaha Negeri hendaklah menyampaikan satu salinan rangka minit mesyuarat kepada semua Setiausaha-setiausaha 4B Kawsan dan Setiausaha Agung Kehormat selepas Mesyuarat Perwakilan Tahunan Negeri dengan Segera.
 
- Tugas-tugas      Mesyuarat Perwakilan Negeri:-
 
- Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja 
 - Memilih wakil-wakil Negeri ke Perhimpunan Agung. Wakil-wakil yang dipilih diluar daripada Perwakilan Negeri atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah
 - Membincangkan dasar-dasar 4B untuk dikemukakan dalam perhimpunan Agung
 - Mencadangakan calon-calon untuk bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi
 - Mencadangkan calon-calon untuk bertanding Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-kira
 - Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-kira
 - Membentangkan Laporan Kewangan Tahunan Yang telah diaudit dan laporan lain daripada Jawatankuasa Kerja Negeri dan memutuskan sebarang perkara mengenai 4B Negeri
 - Membincangkan dan memutuskan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan
 - Bagi ahli-ahli yang hendak memegang jawatan Negeri hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 2 pencalonan.
 
No comments:
Post a Comment