Wednesday, 5 March 2008

PERLEMBAGAAN GB4B KLUANG - BAB 1 - 10

BAB 1  - NAMA
Pertubuhan ini dinamakan ‘PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B PARLIMEN KLUANG’ atau nama ringkasnya “4B”

BAB 2  - ALAMAT
Alamatnya ialah : No 14, Jalan Desa, Taman Desa, 86000 Kluang Johor
dan akan ditetapkan dari masa ke semasa di dalam Perhimpunan Agung Tahunan dengan Persetujuan Pendaftar Pertubuhan.

BAB 3  - COGANKATA DAN SERUAN

  1. Cogan Kata ialah “ BERSATU, BELAJAR, BEKERJA dan BERKHIDMAT “
  2. Seruan ialah “ BERGERAK ” 

BAB 4  - IKRAR
IKRAR 4B ini ialah seperti berikut:-

Bahawa saya berikrar Bersatu untuk mempertahankan Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara, Belajar untuk memperolehi ilmu yang berguna, Bekerja untuk penghidupan yang sempurna dan Berkhidmat untuk 4B, Ugama, Bangsa dan Negara.

BAB 5  - LAMBANG DAN BENDERA

  1. Lambang ialah Perisai Latar Belakang berwarna hijau dengan pecahan bintang 14 Negeri Malaysia berwarna putih serta perkataan ‘4B’ berwarna merah ditengah-tengahnya dan dilengkapi oleh dua tangkai padi masak berwarna kuning emas.
  2. Bendera 4B ini ialah berwarna merah disebelah bawah dan putih disebelah atas dengan lambing terletak di penjuru sebelah kiri meliputi satu perempat daripada bendera

BAB 6  - TUJUAN
Tujuan-tujuan 4B ialah :
  1. Menyatu, menyusun  dan mengembeling tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan Negara dan untuk menegakkan masyarakat yang adil.
  2. Memberi pendidikan rohani dan jasmani.
  3. Melatih ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya demi kepentingan 4B, Ugama, Bangsa dan Negara.
  4. Menegakkan dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan.
  5. Memaju dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur.
  6. Menaja dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulen yang berdasarkan rasa tanggungjawab dan keihklasan.
  7. Menggalakan ahli-ahli bergerak ke arah kehidupan yang sempurna yang berasakan kehormatan diri dan sifat berdikari dan berdisiplin.
  8. Berusaha untuk memelihara, memperkembangkan dan mempertahankan keutuhan Bahasa Melayu dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
  9. Bekerjasama dengan Kerajaan dan PertubuhanPErtubuhan sukarela yang sehaluan dengan kehendak-kehendak, tujuan dan perjuangan 4B.
  10. Memajukan sokongan kepada Kerajaan dan kepada badan-badan lain yang sesuai.
  11. Berusaha mempertahankan, menegak dan memperkembangkan agama Islam, agama rasmi negara.
BAB 7  - KEAHLIAN
Ahli-ahli 4B adalah tiga jenis :-
  1. Ahli Muda
  2. Ahli Biasa
  3. Ahli Kehormat
BAB 8  - SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI
Seorang Ahli Muda hendaklah
  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 12 tahun dan tidak       lebih daripada 15 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan.
  2. Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan menurut Perlembagaan dan dasar-dasar 4B.
  3. Tidak menjadi ahli sebarang Pertubuhan Belia yang lain
Seorang Ahli Biasa hendaklah
  1. (Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun hingga 40 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan melainkan seseorang itu masih lagi menjadi  Jawatankuasa atau dipilih.
  2. Tidak tertakluk kepada (a) Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ahli-Ahli Jawatankuasa Negeri, Kawasan dan Cawangan yang dipilih dan yang dilantik tidak ada had umur, dengan syarat ada kesinambungan seseorang itu memegang jawatan disalah satu peringkat.
  3. Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan menurut Perlembagaan dan dasar-dasar 4B.
  4. Tidak menjadi ahli atau memegang apa-apa jawatan sebarang Pertubuhan Belia yang lain kecuali Pertubuhan beruniform.
Seorang Ahli Kehormat hendaklah
  1. Orang-orang perseorangan yang dipilih oleh Jawatankuasa di semua peringkat.
  2. Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan menurut Perlembagaan dan dasar-dasar 4B
  3. Tidak menjadi ahli atau memegang jawatan sebarang Pertubuhan Belia yang lain.
BAB 9 - PERMINTAAN MENJADI AHLI 
  1. Seseorang yang berkehendakakan menjadi Ahli Biasa hendaklah menghantar permintaan kepada Setiausaha Cawangan dimana ia berkehendakkan menjadi ahli dengan menggunakan borang permintaan yang tertentu dan ia hanya dibenarkan menjadi ahli dalam satu cawangan sahaja.
  2. Borang permintaan menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh yang meminta.
  3. Tertakluk kepada BAB 8, Majlis Kerja Tertinggi berhak mengadakan peraturan yang tertentu dalam perkara permintaan hendak menjadi ahli

BAB 10 -  PENERIMAAN MENJADI AHLI 

  1. Setiausaha Cawangan hendaklah membawa segala permintaan menjadi ahli biasa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cawangan dengan seberapa segera, ataupun dengan dipekelilingkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Cawangan itu. 
  2. Jawatankuasa Kerja Cawangan hendaklah menimbangkan segala permintaan menjadi ahli biasa dan memutuskan samada diterima atau ditolah ataupun ditangguhkan timbangan sesuatu permintaan itu dengan tidak terpaksa memberi apa-apa sebab atas keputusannya itu. 
  3. Seseorang yang permintaannya hendak menjadi ahli biasa yang telah ditolak oleh Jawatankuasa Kerja cawangan bolehlah merayu kepada jawatankuasa Kerja Kawasan. 
  4. Seseorang yang permintaannya hendak menjadi ahli biasa yang telah ditolak oleh Jawatankuasa Kerja Kawasan bolehlah merayu kepada jawatankuasa Kerja Negeri. 
  5. Seseorang yang permintaannya hendak menjadi ahli biasa yang telah ditolak oleh Jawatankuasa Kerja Negeri bolehlah merayu kepada Majlis Kerja Tertinggi dan keputusan Majlis Kerja Tertinggi adalah muktamad. 
  6. Seseorang yang dipecat atau menarik diri daripada menjadi ahli tidak boleh diterima kembali menjadi ahli melainkan terlebih dahulu mendapat kebenaran yang bertulis daripada Majlis Kerja Tertinggi. 
  7. Tiap-tiap permohonan apabila telah diluluskan dan bayaran masuk dan yuran bulanannya yang pertama telah dijelaskan maka nama pemohon hendaklah didaftarkan oleh Setiausaha Cawangan, Kawasan dan Negeri dalam buku daftar ahli sebagai seorang ahli.