Monday 16 March 2015

Penilaian Anugerah Perdana Belia Negeri Johor 2015

Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Kluang telah tercalon untuk Anugerah Perdana Belia Negeri Johor kategori Pertubuhan bagi mewakili daerah Kluang. Segala persiapan telah diatur dan majlis berkenaan berlangsung dengan jayanya.

Ahli Panel yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan seramai 6 orang telah bertandang ke daerah Kluang ini.

Bukan sahaja kemenangan diidamkan, namum jauh yang lebih penting adalah pengalaman yang tiada tolok bandingnya. Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki bagi mengungguli kategori tersebut. Tidak sekadar cukup pelbagai program yang dianjurkan, malah dokumentasi dan pengetahuan yang meluas mengenai Pertubuhan Belia itu sendiri menjadi kunci kejayaan dalam penilaian tersebut.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli yang terlibat membantu. Semogo kita terus BERGERAK dalam berpersatuan. Tahniah..!!
 

 

 

No comments:

Post a Comment