Belia 4B


Logo 4B

................................................................................................

Bendera 4B

................................................................................................

Apa itu 4B ?

4B ialah singkatan nama bagi cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat ini menjadi tunjang perjuangan pertubuhan ini. Merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada 1965 dan dipimpin oleh saudara Mohd Kassim Shah selama tiga tahun (1965-1969). Konsep 4B sangat bersesuaian dengan agenda pertubuhan yang menumpukan dalam bidang perniagaan dan pertanian pada awal penubuhannya. Persepakatan ahli jawatankuasa pengasas pergerakan serta menyahut seruan kerajaan yang mahu membela nasib orang Melayu dalam dua bidang ini. Motto utama 4B ialah ‘Bergerak’.


................................................................................................


Sejarah Penubuhan 4B

Cetusan idea dan ilham saudara Mohd. Kassim Shah, seorang guru di Sekolah Lelaki Methodist, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, selaku Pengerusi Ikatan Seni Budi yang bergabung dengan Persidangan Tetap Belia Daerah (PTBD) Kuala Lumpur. Pada 1964 PTBD merangkumi sebanyak 21 buah persatuan adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saudara Mohd Kassim Shah merupakan pemimpin yang berminat dalam hal ehwal kemasyarakatan, kebajikan dan politik tanahair.

PTBD diwujudkan oleh kerajaan di setiap daerah seluruh negara di mana strukturnya tertumpu dalam satu-satu daerah dengan tujuan kesemua persatuan belia menyertai PTBD di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat sumbangan dan bantuan dari JKM untuk aktivitinya. Ketika itu, pertubuhan belia Malaysia Association of Youth Council (MAYC) berperanan peringkat kebangsaan dan PTBD pula berperanan pada peringkat daerah sahaja.

Tahun 1965 berlaku satu peralihan pada semua persatuan dan pertubuhan belian di seluruh negara diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan beribu pejabat di no. 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketika itu Allahyarham Dato’ Engku Mohsin Abdul Kadir merupakan Menteri Muda KBS.
................................................................................................

Objektif 4B ialah:
  • Menyatu, menyusun dan mengembeling tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan Negara untuk menegakkan masyarakat yang adil.
  • Memberi pendidikan rohani dan jasmani.
  • Melatih ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya demi kepentingan 4B, Agama, Bangsa dan Negara.
  • Menegakkan dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia alam semua bidang kemahiran dan pengetahuan.
  • Memaju dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur.
  •  Menaja dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulen berdasarkan rasa tanggungjawab dan keikhlasan.
  • Menggalakkan ahli-ahli bergerak kearah kehidupan yang sempurna yang berasakan kehormatan diri dan sifat berdikari dan berdisiplin.
  • Berusaha untuk memelihara, memperkembangkan dan mempertahankan keutuhan Bahasa Melayu dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
  • Bekerjasama dengan Kerajaan dan Pertubuhan-pertubuhan sukarela yang sehaluan dengan kehendak-kehendak, tujuan dan perjuangan 4B.
  • Memajukan sokongan kepada Kerajaan dan kepada badan-badan lain yang sesuai.
  • Mempertahankan, menegak dan memperkembangkan Agama Islam, agama rasmi negara.
................................................................................................

Ikrar 4B


Bahawa saya berikrar

BERSATU untuk melaksanakan
tujuan-tujuan Gerakan Belia 4B
dan mempertahankan kemerdekaan
dan kedaulatan Negara,

BELAJAR untuk memperolehi ilmu
yang sempurna

BEKERJA untuk penghidupan yang sempurna

BERKHIDMAT untuk GERAKAN 4B,
AGAMA, BANGSA dan NEGARA

................................................................................................


Lagu 4B


Bersatu untuk mempertahankan
Negara kita
Berdaulat dan merdeka

Belajar ilmu rohani dan jasmani
Penting dan amat berguna

Bekerja ke arah penghidupan
Yang sempurna
Berkhidmat untuk Gerakan 4B
Masyarakat dan Negara

Bendera kita berkibar-kiba
Sungguh megah di angkasa
Lambang gerakan gagah perkasa
Jadi panduan kita

Cogan Bersatu, Belajar, Bekerja
Dan Berkhidmat
Bergerak seruannya
Marilah bersama menjalankan ikrar
Untuk Negara Malaysia 


 ................................................................................................

Gerak 21


GERAK 21 merupakan Pelan Bertindak 4B Malaysia yang mendukung Dasar Belia Negara dan Program Rakan Muda ke arah melahirkan belia berwawasan menuju Abad Ke 21. 

Perkataan GERAK diambil dari Motto 4B sendiri iaitu BERGERAK, manakala angka 21 pula bermaksud :

  • Apa jua perancangan dan aktiviti 4B hari ini adalah semata-mata bertujuan menyediakan belia yang berwibawa menuju Abad ke 21. 
  • Angka 21 dikaitkan dengan usia matang remaja yang tahan rintanan dan komited dengan perjuangan 4B. GERAK 21 terdiri daripada 14 Gerak iaitu :