Sunday, 10 July 2011

PERTANDINGAN KOMPANG PERINGKAT KEBANGSAAN


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KOMPANG


PESERTA
  1. Penyertaan dibuka kepada semua ahli-ahli Gerakan Belia 4B Malaysia
  2. Setiap Negeri hanya layak menghantar satu pasukan sahaja.
  3. Setiap pasukan bebas menentukan bilangan peserta lelaki dan perempuan (sekurang-kurangnya seorang perempuan)
  4. Setiap pasukan mestilah mempunyai ahli di antara 12 - 15 orang.
  5. Hanya kompang sahaja yang dibenarkan dan hendaklah di sediakan oleh pasukan masing-masing.

TEMA, LAGU & PERSEMBAHAN
  1. Tema bagi pertandingan ini ialah “BELIA PEMANGKIN TRANFORMASI NEGARA”
  2. Setiap kumpulan WAJIB menyampaikan dua buah lagu atau selawat.
  3. Lagu atau selawat yang hendak disampaikan adalah bebas dan bergantung kepada tema yang ditetapkan.
  4. Masa persembahan adalah diantara 5 - 7 minit.
  5. Markah akan dikira berdasarkan 5 minit untuk pukulan rawi (tanpa lagu) dan 5 minit untuk pukulan kreatif (serta lagu).
  6. Bendera HIJAU akan diangkat oleh penjaga masa bagi menunjukkan persembahan dan masa bermula.
  7. Bendera KUNING akan diangkat oleh penjaga masa menunjukkan masa 4 minit telah berlalu.
  8. Bendera MERAH akan diangkat menunjukkan masa telah tamat (7 minit) dan peserta dikehendaki menamatkan persembahan mereka.
  9. Markah tidak akan dikira setelah masa tamat.

FOKUS PEMARKAHAN
Pemarkahan adalah dibahagikan seperti berikut:

  1. (i) Pukulan                                             40 %
  2. (ii) Lagu/Selawat                                    20 %
  3. (iii) Kreativiti                                          20 %
  4. (iv) Disiplin/ Pakaian / Masa                   20 %


JURI / HAKIM & PENJAGA MASA
  1. Para juri terdiri daripada golongan profesional dan mereka yang arif dalam bidang kompang.
  2. Tiga orang atau juri/hakim akan mengadili pertandingan ini dan dibantu oleh seorang penjaga masa.
  3. Segala keputusan juri adalah muktamad.
  4. Sebarang bantahan berhubung keputusan pertandingan hendaklah dirujuk kepada Ketua Juri berserta bayaran sebanyak RM 100.00. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.

 SYARAT TAMBAHAN
1.     Semua persembahan hendaklah dimainkan secara langsung (LIVE) tanpa mikrofon.
2.     Pakaian sebelum, semasa dan selepas persembahan hendaklah mengikut kesesuaian dan sopan.
3.     Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dibatalkan penyertaannya.
4.     Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah dibawah tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat tuntutan.
5.     Segala perbelanjaan pakaian dan persediaan termasuk peralatan adalah dibawah tanggungan pasukan masing-masing.
6.     Yuran penyertaan sebanyak RM 50.00 untuk setiap pasukan dan hendaklah dibayar melalui setiausaha/wakil 4B Negeri.
7.     Borang penyertaan hendaklah sampai kepada sekretariat 4B Malaysia sebelum atau pada 8 Ogos 2011.
8.     Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh merujuk kepada Sekretariat "Karnival Jalinan Mawaddah" Gerakan Belia 4B Malaysia
                        Pejabat Gerakan Belia 4B Malaysia
                                    525 Jalan Persekutuan,
                                    Bukit Persekutuan
                                    50480 Kuala Lumpur.
                                    Tel     :  03 - 2282 9648 / 4649
                                    Faks  :  03 - 2282 6649
                                    email  :  gb4bmalaysia@yahoo.com

No comments:

Post a Comment