Friday, 10 June 2011

MIDTOWN BAZAAR VS UPTOWN BAZAAR


Gerakan Belia 4B Kawasan Kluang bakal menganjurkan MIDTOWN BAZAAR. Perniagaan ala UPTOWN ini beroperasi pada setiap hati Jumaat, Sabtu dan Ahad. Bermula dari jam 3 petang dan berakhir sekitar jam 12 tengah malam. Pelbagai jenis perniagaan yang bakal ditempatkan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat, dengan harga yang berpatutan.

Selain itu juga, akan diadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan belia & semua lapisan masyarakat. Antaranya pertandingan Karaoke, Pentandingan Permainan Tradisional, Hari Jabatan Bersama Pelanggan dan juga Pendaftaran Pemilih SPR.

Beberapa agensi terlibat  amat bersukacita dengan program yang dianjurkan oleh Belia 4B Kluang ini, dan seterusnya berharap ianya dapat dijalankan sepanjang tahun.

Bagi pihak pengurusan (GB4B Kluang), program yang julung2 kalinya diadakan ini, bakal mengubah senario malam di Daerah Kluang. Dengan adanya pelbagai aktiviti utk golongan belia, ianya diharap dapat mengelakkan merak dari terjerumus dalam gejala sosial.

Bagi mereka yang berminat, boleh hubungi melalui facebook di www.facebook.com/4bkluang .

1 comment:

  1. Taniah Belia Kluang tak habis-habis dgn idear berniaga dulu pemuda UMNO nak buat up town tapi tak dapat kelulusan kini Belia Kluang pulak..kita lihat aja perkembangan,jgn sampai cakat tak serupa bikin.

    ReplyDelete