Tuesday, 29 March 2011

Rasional pembinaan empangan dengan peruntukan 105J

1. Projek empangan tersebut, merupakan projek jangka panjang berikutan masalah bekalan air yang bakal dihadapi berikutan kepesatan pembangunan & kawasan perumahan di Kluang. Ini termasuklah merangkumi kawasan Kluang, Kahang & Paloh (yang kritikal)

2. Keutamaan diberikan kepada projek ini, krn ianya merupakan perkara pokok yang diperlukan oleh masyarakat Kluang jika dinilai dari segi keutamaan berbanding masalah banjir & kesesakan lalu lintas.

3. Empangan berkenaan amat diutamakan YB, dengan mendesak beberapa kementerian dan seterusnya menjadi asas kehadiran PM ke Kluang. Dalam pada itu, projek2 lain seperti jalan & banjir juga diteruskan & dijalankan secara berperingkat2.

4. 2 empangan yang ada di kluang (sembrong barat & timur) tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk menampung. Empangan Manong (barat) tidak mempunyai kemudahan sistem rawatan air yang terkini, jika berlaku pencemaran air tidak dpt dirawat dgn baik. Manakala diseblah timur pula, hanya sungai yang disedut & dirawat airnya. Kesimpulannya Kluang masih belum mempunyai empangan (sumber air).

5. Mengapa diperlukan sejumlah dana yg besar utk menampung pembinaan empangan berkeaan..? Ini kerana empangan berkenaan bakal dibina (Empangan Baru) dikawasan Sembrong berikutan kesesuaian topografi & ekologi.

No comments:

Post a Comment