Monday 6 April 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Muslimin muslimat sekitar Daerah Kluang dijemput hadir beramai-ramai..


Monday 23 March 2015

Friday 20 March 2015

Futsal GB4B Impian

Gerakan Belia 4B Taman Impian telah menganjurkan Pertandingan Futsal bagi golongan belia sekitar penduduk Batu 4. Bagi mengisi masa cuti sekolah kali ini. Amat memberangsangkan, penyertaan kali ini dapat menarik ramai belia.

Tahniah diucapkan kepada Saudara Herris dan ahli jawatankuasanya kerana telah berjaya menganjurkannya. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Saudara Mohd Hafiz Jalalluddin (Ketua Penerangan GB4B Kawasan Kluang). Bergerak..!!!

 

 




Monday 16 March 2015

Penilaian Anugerah Perdana Belia Negeri Johor 2015

Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Kluang telah tercalon untuk Anugerah Perdana Belia Negeri Johor kategori Pertubuhan bagi mewakili daerah Kluang. Segala persiapan telah diatur dan majlis berkenaan berlangsung dengan jayanya.

Ahli Panel yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan seramai 6 orang telah bertandang ke daerah Kluang ini.

Bukan sahaja kemenangan diidamkan, namum jauh yang lebih penting adalah pengalaman yang tiada tolok bandingnya. Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki bagi mengungguli kategori tersebut. Tidak sekadar cukup pelbagai program yang dianjurkan, malah dokumentasi dan pengetahuan yang meluas mengenai Pertubuhan Belia itu sendiri menjadi kunci kejayaan dalam penilaian tersebut.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli yang terlibat membantu. Semogo kita terus BERGERAK dalam berpersatuan. Tahniah..!!