Saturday, 5 March 2011

Panduan Menyediakan Kertas Projek

1. Tujuan

  • Nyatakan apakah tujuan pinjaman dan berapakah jumlah yang dimohon.

2. Latar Belakang Pemohon

  • Jika individu, nyatakan mengenai diri seperti umur, taraf pelajaran, pekerjaan, pengalaman dan lain-lain.


  • Jika berkumpulan, nyatakan bilangan peserta, nama setiap ahli kumpulan, setiausaha, bendahari dan sebagainya.

  • Jika koperasi, nyatakan mengenai pendaftaran, modal saham, keahlian, senarai Ahli Lembaga, Projek-Projek yang telah dan sedang dilaksanakan serta anggaran keuntungan setiap satu, penyata kewangan yang telah diaudit dan sebagainya.

3. Latar Belakang Projek Yang Perlu Pinjaman

  • Tujuan
Jelaskan sama ada projek baru, membesar atau menambah projek yang sedang dilaksanakan. Nyatakan sebab-sebabnya.

  • Syarat Perlaksanaan
Sudahkah mendapatkan kelulusan dari segi lesen, kelulusan tapak dan sebagainya.

  • Tapak
Nyatakan kedudukan dan kesesuaian tapak projek berhubung dengan keadaan tempat (seperti tinggi, berbukit, rendah, berpaya dan sebagainya), kegunaan tapak, kemudahan-kemudahan asas seperti jalanraya, air, elektrik dan lokasinya dengan bandar-bandar atau pusat-pusat penempatan yang lain. Peta lakar bolehlah dilampirkan.

  • Cara Projek hendak dijalankan
Sebutkan tiap-tiap peringkat projek dari mula hingga hasil keluaran siap untuk dipasarkan (contoh) bagi tanaman seperti membersih kawasan, membajak, menyemai benih, menanam, merumput, membaja, kawalan penyakit / musuh dan sebagainya.
Nyatakan bagaimana punca bahan mentah diperolehi dan kemudahan-kemudahan dalam mendapatkan bahan-bahan tersebut.

  • Perbelanjaan Projek
Nyatakan semua jumlah kos yang terlibat samada kos tersebut kos tetap atau / dan kos berulang.
Dari jumlah kos tersebut kategorikan jumlah yang perlu dibiayai oleh pinjaman.
Nyatakan cagaran yang akan dikemukakan berupa harta tetap tanah, rumah dan sebagainya.

  • Susunan Pengurusan 
Kemukakan bentuk pengurusan samada kakitangan atau jawatankuasa yang akan mengendalikan projek ini. Nyatakan kelayakan dan pengalaman mereka dalam bidang yang berkaitan dengan projek.

  • Tenaga kerja 
Nyatakan jumlah tenaga kerja yang digunakan dalam projek ini.
Nyatakan jumlah pengeluaran dalam sesuatu jangkamasa (sekurang-kurangnya untuk 5 tahun), sumber-sumber pasaran dan bagaimana susunan pepasaran dijalankan.

  • Kewangan
Sediakan penyata kewangan anggaran untung rugi sesuatu projek bagi sesuatu jangkamasa pengeluaran (sekurang-kurangnya 5 tahun). Sediakan satu carta aliran kewangan bagi menunjukkan keadaan kewangan projek. Contoh-contohnya seperti berikut:-

4. Kesimpulan 

  • Nyatakan kesan-kesan yang dapat diberikan oleh projek kepada pemohon.

  • Nyatakan perancangan masa hadapan projek yang difikirkan boleh membaiki lagi prestasi projek. 

  • Lain-lain keterangan yang hendak disampaikan.

*Sila rujuk pejabat belia berdekatan untuk mendapatkan panduan sebenar.

No comments:

Post a Comment